Saturday 21 April 2012

seyes,aku memang seorang yang pemalu..

ish3,umur aku dah 21 tahun tapi perasaan malu nak berdepan dengan orang lain still ada lagi,even aku dah

belajar dekat universiti..aku tak boleh nak avoid..ya allah bantulah hambamu ini..yup,memang tak dinafikan aku

nie memang bukan seorang yang mesra alam..but,aku dah cuba sedaya upaya nak bermesra dengan orang

lain..
aku juz suka melebarkan senyuman kepada orang lain..but,aku tak bercakap dengan deaorang..tak apa

la..asalkan aku dah senyum kat orang lain kan..nanti ada orang kata aku nie sombong pulak..

Wednesday 18 April 2012

perkhemahan..

erk,petang nie aku kena pegi program perkhemahan la pulak..ish,aku nie dah lama dah tak pegi khemah..kirenya dah 2 tahun dah la..msa msuk form six aritu..ada la sekali tu ada perkhemahan..tu pown untuk kem kepimpinan perkhemahan..aish,macam mane la aku nak biasakan diri dengan keadaan perkhemahan nanti ek..

hehe..nasib baik sebelum nie aku dah banyak kali dah pegi khemah..so,boleh lah biasakn diri dengan khemah2 nie..dulu selalu aku ikut program perkhemahan pengakap..aku nie gile sikit bab2 khemah nie..aku suka..hehe..at least dapat juga keluar dari sekolah..dapat suasana baru selain dari sekolah tu kan..kihkih..

thanx kepada yg sudi membaca..may allah blessing u..peace..

Monday 16 April 2012

betul ke perempuan nie mudah jatuh cinta..

perempuan memang sinonim dengan hati yang mudah nak fallen in love dengan lelaki kan..aku pown macam tu juga..ada juga perasaan macam tu..juz aku nie jenis yang suka pendamkan perasaan..cewah..hehe..so,aku tak nak la aku terhegeh2 nakkan laki yang tak sukakan aku kan..buang karan je..

ok..bila je insan yang bernama lelaki tu baik dengan seseorang perempuan..and then lelaki tu melayan perempuan tu dengan baik..mula la perempuan akan rasa terjatuh cinta ngan lelaki..padahal lelaki tu juz layan perempuan tu as a friend je..tak ke ia dinamakan perasan je kan..so,tak payah la..nak ada rasa cintan cintun tu yer..buang masa jer..

kan allah dah tentukan siapa jodoh kte kan..mmg la kte kena berusaha juga kan..tapi biarlah berpada2..yang mengikut syariat yang betul kan..

aku exam tadi..

nak tulis pasal entry exam la pulak..boleh kan..hehe..minggu nie aku ad mid term..baru cuti seminggu lepas..naik cuti teros ada exam..kestressan melanda kat kepala otak aku..aku tahu exam tuh nak uji tahap kefahaman kte selepas kte belajar kan..tapi masalahnya kefahaman tuh kurang nak aku catch-up..aku kan insan yang lemah..hehe..

pergh,soalan tadi memang boleh tahan lah susahnye beb..sakit kepala aku nak pilih jawapan yang betul..walaupun memang suma jawapan dah tersedia kan..a,b,c or d..pilih je..bukannye susah kan..kihkih..
loyar buruk la plak kau nie dayah..hopely,jawapan yang aku pilih ada yang betul..walaupun ada sesetengah soalan tuh aku hentam jek..bukan setengah..hampir semua aku hentam..ish3..teruk gak aku nie..sabo je la..kihkih..

tak apa la..kalau ada rezeki..ada la yang betul tu kan..betul tak..hee..ok la..aku nak lelepkan mata aku nie..harapla ada yang sudi baca entry aku yang tak seberapa nie k..alamak esok ada exam lagi la..ok la..assalam..

Saturday 14 April 2012

..dalam diam..

ada..sesungguhnya ada….
ada rasa cinta kepada dia..
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..aku tidak tahu siapa..
selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…
dipelihara iman..terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…
agar Dia melindungi dia..
kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…

sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia…
dalam lena atau jaga…
namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
belum masanya kami mengenali..
cukuplah doa ku sering mengiringi…
aku menanti untuk yg halal hadir 
menjemput diri seperti yang ditakdir
kerna namanya telah tertulis sejak azali
dalam kitab suci perjalanan insani..
dlm doa kudusku setiap mlm..
aku memang mencintai dia dalam diam…

Friday 13 April 2012

ohh hati

alhamdulilah tepat pukul 8 pagi tadi aku bawu sampai di kawasan kolej kediaman aku aka dpp..hee..syukur aku dapat melihat lagi keindahan allah s.w.t..terima kasih ya allah..

malam tadi aku rasa sayu sangat..ye la aku kan nak meninggalkan keluarga yang amat aku cintai..dan negeri tercinta aku iaitu negeri pahang..

sebelum aku nak bertolak pergi stesen bas..adik2ku mengatakan yang diaorang tak dapat nak jkut hantar aku..maybe diaorang tak sanggup nak tengok pemergian aku kot..hehe..tapi aku sedih juga diorang nak hantarkan..emm,kitaorang sempat bersalaman..masa tu juga aku tak tahan nak titiskan air mata..see,memang aku tak boleh nak tahan pown..

ok masa dekat stesen bas tu..aku dah cuba sedaya upaya tahan air mata aku keluar..alhamdulilah abah,mak n adik bongsu aku tolong hantarkan..emm,bas sampai awal dari time yg sepatutnya..masa tuh hati aku dah berdebar2..macam2 perasaan timbul kat hati aku..

sebelum aku naik bus,aku sempat bersalaman dengan abah,mak dan hanis..masa tu mak peluk aku..dan mak sempat berpesan dekat aku belajar rajin2..ya allah sedih giler aku masa tuh..nasib baik aku tak tak nangis dekat situ..aku cuba sedaya upaya nak tabah..abah pon sempat juga berpesan dekat aku..

masa dalam bas tuh aku hanya mampu pandang diaorang dengan jauh aje..memang masa tuh aku terasa sayu sangat..


ya allah kau kuatkan hambamu ini..aku seorang yang lemah nak menghadapi dugaan kau ini..

pengertian...

bila dah jauh,bawu aku tahu erti kerinduan..

bila dah jauh,bawu aku tahu erti pengorbanan..

bila dah jauh,bawu aku tahu erti kasih sayang..

bila dah jauh,bawu aku tahu erti kesakitan..

bila dah jauh,bawu aku tahu menghargai orang lain..

bila dah jauh,aku bawu tahu orang lain sebenarnya sayangkan aku..

p/s luahan aty..

Thursday 12 April 2012

jelas kepancaran keceriaan di wajah aku tuh..padahal dalam hati aku rasa sedih yang teramat sangat..
yelah,malam nie aku nak balik dah UUM tercinta tuh..sedih nak tinggalkan family aku kat sini..
kenapa cuti seminggu nie singkat sangat..rasa tak puas nak cuti kat umah nie..
CHILL dayah..takpe..lepas nie cuti kau lama dayah..relaks k..huhu..

Monday 9 April 2012

doa jodoh=)


Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin

wake up from sleep....

ish,pagi2 buta aku dah bangun gara2 aku tido awal sangat malam tadi..

aku nie mula la kalau dah tidur awal..maybe akan terjaga awal..

so,proses termenung tuh mula lah timbul..

mula time mata aku terkebil2 nak penjamkan mata balik..

and then pada time tuh juga aku mula lah terkenang masa2 lalu..

ish,time tuh juga lah..nak maen feeling2 pulak..nie yg aku tak suka..

Sunday 8 April 2012

second blog aku...

tetiba saje aku buat blog baru..padahal sebelum nie aku dah ada blog..bukannye saje aku nak buat blog baru nie..nie kire terpaksa juga lah aku buat blog terbaru nie..nie pon sebab aku forget password blog aku tuh..ish3,password pon boleh lupa..kau nie banyak makan semut ke dayah oi..hehe..
pergh,nasib baek ada adik aku yang sudi nak tolong kakak dia nie nak buat blog..kihkih..thanx dekwa..jasamu akan ku kenang sampai habis degree nie..kahkah..
emm,blog aku terbaru nie maybe fresh sikit dari blog lama..eh,dayah kau ingat nie susu ke..nak maen fresh2 nie..opps,sorry saje je aku gune ayat cam tuh..baru gempak beb..hee..
aku harap blog terbaru nie dapat dijadikan tempat untuk aku curahkan segala suka duka hidup aku..<3